Melainkan anda hidup di bawah tempurung
pada tahun 2009, pasti anda tahu laman web sosial adalah rangkaian
paling hebat untuk berinteraksi dengan pengguna lain di Internet.
Mengikut satu kajian umum yang
dijalankan penyelidik, 35 peratus dewasa di Internet kini mempunyai
profil pada sekurang-kurangnya satu laman rangkaian sosial dan 51
peratus lagi mempunyai lebih daripada satu akaun.
Tiga perempat daripada pengguna antara umur 18 dan 24 mempunyai profil ‘online’ masing-masing.
Satu agensi penyelidik, Pew Research
Center mendapati 89 peratus pengguna menggunakan laman web untuk
bersaing dengan rakan, 57 peratus pula untuk membuat perancangan bersama
rakan dan 49 peratus mahu mencari rakan baru. Facebook, Twitter dan
LinkedIn hanya beberapa contoth daripada lebih 100 laman web yang
menghubungkan masyarakat di seluruh dunia yang tidak sabar-sabar untuk
berkongsi pemikiran dan perasaan mereka.
Tetapi seperti dalam kehidupan sebenar,
terdapat banyak kisah kehidupan, pengalaman dan sebagainya yang ingin
dikongsi dalam laman masing-masing.
Sebenarnya, sangat mudah untuk aspek sosial ‘terperangkap’ dalam laman web seperti Facebook yang kini menjadi laman sosial utama Malaysia sehingga menjadikan negara ini sebagai negara ke-8 tertinggi dari segi penggunaan aktif setiap hari.
Sebenarnya, sangat mudah untuk aspek sosial ‘terperangkap’ dalam laman web seperti Facebook yang kini menjadi laman sosial utama Malaysia sehingga menjadikan negara ini sebagai negara ke-8 tertinggi dari segi penggunaan aktif setiap hari.
Namun apa yang anda pilih untuk
dikongsikan di laman sosial mungkin ada baik dan buruknya jadi lebih
baik kalau anda berhati-hati sebelum menaip sesuatu.
Kajian yang sama oleh Pew Research
mendapati bahawa 40 peratus pengguna mempunyai akses terbuka kepada
profil mereka yang membolehkan sesiapa sahaja untuk melihat maklumat
mereka.
Manakala selebihnya mempunyai pengetahuan menyekat akses terbabit yang terhad kepada rakan dan keluarga terdekat saja.
Perkongsian maklumat peribadi dengan
orang yang tidak dikenali boleh menjadikan kehidupan anda sendiri dalam
bahaya! Antara 10 status yang perlu timbangkan sebelum menaip atau
memindah turun foto antaranya:
1. Privasi
Anda boleh memilih semua tetapan privasi
yang anda mahu di laman rangkaian sosial tetapi pada hakikatnya jika
anda ‘pos’ sesuatu, ia mempunyai potensi untuk dilihat oleh seseorang
yang anda tidak mahukannya berlaku.
Anda tahu semua pengguna pasti seronok dengan aplikasi Facebook seperti game, kuiz dan undi namun fikirkan kembali mengenainya.
Satu kajian yang dilakukan oleh
Universiti Virginia mendapati satu daripada 150 aplikasi Facebook
memberikan akses kepada maklumat anda kepada orang lain selepas anda
mengaktifkan aplikasi terbabit.
Jadi, apabila anda mendaftar untuk
mengetahui game, cerita online dan sebagainya yang menarik, tanpda
disedari mereka mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda termasuk
profil, foto serta banyak lagi.
Sesuailah dengan namanya sebagai ‘laman
sosial’. Bagaimanapun, anda perlu beringat yang anda apa jua perkongsian
mempunyai potensi untuk bocor dalam beberapa cara.
2. Maklumat peribadi
Kebanyakan laman web mengandungi
maklumat peribadi yang selamat memerlukan kata laluan sekurang-kurangnya
satu petunjuk sekiranya anda terlupa.
Biasanya begini, anda mendaftar untuk
sesuatu seperti perbankan online dan anda mendapatkan ‘login’ dan kata
laluan dan kemudian memilih soalan keselamatan yang digunakan apabila
anda terlupa kata laluan anda.
Apa nama haiwan kesayangan anda yang
pertama? Apakah nama ibu anda? Apakah maskot sekolah anda? Apa nama
kawasan pertama anda tinggal? Berdasarkan maklumat ini, perlukan anda
menaip klunya di Facebook?
Contohnya, ‘Eh, teringat dengan kucing
saya dulu…Namanya comel’. Tahukah anda, ia seperti memberi jawapan
percuma kepada penggodam untuk memperoleh jawapan dengan mudah?
Ia boleh memberikan pencuri identiti
dengan jawapan kepada sekeping teka-teki terakhir yang diperlukan untuk
menggodam dalam akaun bank anda jadi fikirkan sebelum anda hantar
apa-apa yang boleh berkompromi maklumat ini.
3. Kongsi
Berkongsi kata laluan dengan rakan
dengan tujuan membenarkannya log masuk dan memeriksa sesuatu untuk anda
boleh menjadi risiko yang tinggi.
Meskipun anda percaya rakan 110 peratus, tolong jangan ambil risiko terbabit.
Katakan senarionya begini, anda
memberikan teman lelaki anda kata laluan Facebook anda kerana dia mahu
membantu anda memindah naik beberapa gambar percutian.
Beberapa bulan kemudian, hubungan
menjadi ‘hambar’ dan dia bertukar menjadi lelaki yang tidak begitu baik
kemudiannya secara tiba-tiba ada orang di luar sana yang tidak suka anda
mempunyai maklumat log masuk anda.
Masa untuk membatalkan akaun anda dan
mendapatkan yang baru. Jika anda menyimpan maklumat peribadi sendiri,
anda boleh meneruskan kehidupan.
Tetapi kini, anda mempunyai profil yang
terjejas, dan jika anda link ke laman profil atau lain-lain, maklumat
lain juga berisiko.
4.Bank
Anda akan terfikir menghantar status
seperti ‘Ah, bank ***** buat hal hari ini, tak boleh akses masuk, b***h
lah!’ Tahukah anda ia secara tidak langsung memberikan penggodam ‘hint’
bank yang anda langgan?
Kemudian penggodam mengetahui nama anda melalui Facebook. Sekurang-kurangnya 50 peratus maklumat anda kini terdedahkan?
Sekali lagi, jika anda salah seorang
daripada 40 peratus pengguna yang membolehkan akses terbuka kepada
profil, maka tiba-tiba pencuri identiti tahu di mana bank anda dan di
mana anda mempunyai sebahagian besar pelaburan anda.
Jangan lupa, status yang mungkin
kelihatan seperti komen yang tidak berbahaya pada ‘wall’ Facebook boleh
mendedahkan banyak maklumat kewangan peribadi anda.
5. Alamat
Jika anda berkongsi alamat dan nombor
telefon anda di laman rangkaian sosial, anda membuka sendiri peluang
ancaman kecurian identiti dan bahaya
peribadi lain-lain seperti kecurian.
peribadi lain-lain seperti kecurian.
Jika menaip status anda akan bercuti dan
anda mempunyai alamat dalam profil, maka semua orang tahu anda
mempunyai rumah yang kosong.
Pencuri identiti mungkin bukan mahu
merompak rumah anda tetapi cukup sekadar membuat ‘lawatan’ ke peti pos
anda dan membuka surat seperti kad kredit yang mempunyai nama anda.
5. Kesunyian
Laman rangkaian sosial adalah tempat
yang biasa bagi pengguna untuk berkongsi gambar keluarga mereka tetapi
jika anda salah seorang daripada
40 peratus pengguna yang tidak menyekat akses tertentu ke profil anda, foto mereka berada di dunia online boleh disaksikan berbilion manusia.
40 peratus pengguna yang tidak menyekat akses tertentu ke profil anda, foto mereka berada di dunia online boleh disaksikan berbilion manusia.
Ia adalah fakta yang menyedihkan namun terdapat banyak pemangsa yang menggunakan Internet untuk mencari mangsa mereka.
Mungkin ia jarang atau berlaku di
Malaysia tetapi kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama
apabila dunia kini menuju akhirnya.
Jika anda hantar foto keluarga dan
pasangan anda dengan maklumat seperti, ‘suami saya ada di luar bandar
hujung minggu ini’ atau ‘Sedih terpaksa tinggalkan anak dengan nenek
saja di rumah sekarang’ mendedahkan keselamatan serta berisiko tinggi.
7. Syarikat
Anda mungkin rasa seperti mahu ‘mati’
kalau tidak memberitahu dunia mengenai kenaikan pangkat anda tetapi jika
ia adalah berita yang boleh menjadi ‘faedah’ kepada salah satu pesaing
syarikat anda, maka ia bukan sesuatu perlu dikongsi.
Lagi satu, kalau anda tidak berpuas hati
dengan syarikat, jumpa terus bos anda dan bukan luahkannya di Facebook
memandangkan anda boleh memberi reputasi yang buruk kepada syarikat dan
rakan sekerja.
Mungkin anda saja tidak serasi dengan syarikat jadi jangan babitkan 99 peratus pekerja lain yang gembira dengan hidup mereka.
Berita perkembangan yang dirancang atau peranan projek besar dan apa-apa lagi perlu disimpan secara rahsia.
Sophos iaitu syarikat keselamatan
perisian, mendapati 63 peratus syarikat takut apa yang pekerja mereka
pilih untuk berkongsi di laman rangkaian sosial.
8. Pautan
Dengan 51 peratus pengguna rangkaian
sosial mempunyai lebih dari satu akaun laman sosial, ada yang terikat
dengan beberapa ‘crossover’ antara satu dan yang lain terutama jika anda
mempunyai laman yang dipaut.
Anda boleh menghantar sesuatu yang anda
dapati tidak berbahaya di Facebook tetapi kemudian ia dikaitkan dengan
profil LinkedIn kerja anda sehingga meletakkan kerja anda pada risiko.
Jika anda menghubungkan pelbagai profil
anda bersama-sama, anda perlu sedar apa yang anda pos dalam satu dunia
boleh didapati kepada orang lain.
Pada tahun 2009, terdapat kes pekerja cuba menipu mengatakan dia sakit tetapi pos foto dalam laman Instagram.
Meskipun bos tidak mempunyai Instagram, pautannya masuk ke akaun Facebook yang boleh diakses. Akibatnya, faham sendiri!
9. Tarikh
Perkongsian rancangan sosial anda untuk dilihat semua orang bukanlah idea yang baik.
Melainkan jika anda merancang kenduri
yang besar dan menjemput semua pengguna anda tetapi kalau tidak mahu
mereka sesak di rumah, ajaklah secara peribadi atau mesej.
Terdapat juga isu keselamatan yang
dipertaruhkan di sini. Bayangkan senario di mana bekas teman lelaki atau
suami yang cemburu mengetahui tarikh kenduri terbabit dan cuba
mengacaunya?
10. Agama, kaum
Ada yang memandang remeh dan tidak
sensitif kepada kepelbagaian agama dan kaum di negara ini sehingga
meletakkan status yang tidak manis dibaca orang lain.
Meskipun nampak mudah tetapi lebih baik kalau anda abaikan status yang bersifat sensitif demi kebaikan anda sendiri.
0 komentar:
Posting Komentar